HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini pertama untuk Zenless Zone Zero iaitu versi 1.1 dengan judul “Undercover R&B” akan dilancarkan pada 14 Ogos 2024. Kemaskini ini antaranya menyertakan tiga watak baharu iaitu Qingyi, Jane dan juga Seth.

Qinyi merupakan watak S-Rank dengan elemen Eletric Stun dengan memfokuskan untuk memberikan status Daze kepada penjahat dengan cepat. Qinyi juga boleh mengenakan status “Flash Connect Voltage” yang apabila mencapai tahap tertentu akan mencetus satu serangan yang kuat.

Seterusnya ialah Jane yang juga merupakan watak S-Rank dengan elemen Physical Anomaly. Jane boleh memberikan “Passion State” dengan terus membina Passion Stream, ia akan memberikan serangan yang bertalu-talu untuk beberapa peringkat dan juga akan mencetus Attribute Anomaly.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk dapatkan watak A-Rank baharu iaitu Seth yang mempunyai elemen Electric Defense. Selain menguatkan rakan sepasukan menggunakan perisai, senjata Seth juga boleh bertukar menjadi pedang besar yang boleh melakukan serangan lebih kuat. Bersama dengan tiga watak, satu Bangbook S-Rank juga akan tiba iaitu “Officer Cui”.

Penceritaan bagi versi 1.1 ini adalah pemain membantu New Eridu Public Security (N.E.P.S) iaitu Zhu Yuan, Qingyi, dan Seth untuk melawan dengan Mountain Lion Gang yang salah seorang daripada mereka ialah Jane. Tambahan pada itu, Hollow Zero juga menerima tatamain baharu iaitu “Inferno Reap”, pemain juga boleh bertempur dengan Nineveh dan acara masa terhad “Camellia Golden Week” juga akan berlangsung.

Zenless Zone Zero sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan mneyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini