Honor of Kings Invitational Midseason 2024 yang telah dianjurkan bersama dengan Piala Dunia Esukan bermula pada 1 Ogos telah menutup tirai semalam dengan memperlihatkan KPL Dream Team mendominasi keseluruhan kejohanan bukan dengan tidak mengalami sebarang kekalahan tetapi tidak juga tewas walaupun satu pusingan.

KPL Dream Team merupakan pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain terbaik daripada Kings Pro League iaitu liga utama Honor of Kings di China. Selaku juara mereka membawa pulang hadiah tunai $1 juta RM4.48 juta.

Di tempat kedua merupakan pasukan dari Malaysia iaitu LGD Gaming MY yang juga bermain dengan cemerlang, tidak pernah tewas mana-mana pusingan sehinggalah bertemu dengan KPL Dream Team. Selaku naib juara mereka membawa pulang hadiah tunai RM2.2 juta dan juga layak ke Honor of Kings Championship.

Level Infinite juga telah mengumumkan yang Honor of Kings Championship yang sebelum ini digelar sebagai Honor of Kings Invitational Championship akan berlangsung di Indonesia pada bulan Oktober ini dengan menawarkan hadiah terkumpul $1 juta.

Honor of Kings sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini