Selepas diumumkan pada bulan Jun lepas dan melalui sesi beta untuk beberapa minggu, Riot Games akhirnya melancarkan Valorant untuk PlayStation 5 dan Xbox Series membawa permainan menembak kompetitif tersebut buat pertama kali di luar platform PC.

Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, fungsi rentas platform untuk pemain di konsol hanya terbuka kepada pemain di konsol sahaja iaitu pemain di PS5 hanya boleh bermain bersama atau melawan pemain di Xbox Series. Pemain di PC masih terhad kepada platform sendiri sahaja, namun, akaun yang digunakan untuk kedua-dua platform adalah sama, oleh itu sebarang pembelian dilakukan di satu platform juga boleh digunakan di platform yang berlainan.

Buat masa ini, Valorant untuk konsol hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Jepun dan Brazil. Riot Games mengatakan yang mereka memilih negara-negara yang mempunyai jumlah pemain yang sihat terlebih dahulu dengan benua lain akan menyusul kemudian.

Sohor Kini