Skip to main content

Bungie hari ini telah mengumumkan yang mereka akan membuang 220 orang pekerja lebih kurang 17% daripada keseluruhan pekerja di studio tersebut. Mereka mengatakan yang keputusan ini terpaksa diambil kerana peningkatan kos pembangunan, peralihan industri dan juga keadaan ekonomi yang sukar.

Tambahan pada itu, mereka juga mengumumkan 155 orang pekerja iaitu 12% daripada pekerja mereka akan diserap masuk ke jawatan-jawatan lain di dalam Sony Interactive Entertainment (SIE). Manakala lebih kurang 40 orang lagi akan menjadi sebahagian studio baharu yang akan ditubuhkan di bawah PlayStation Studios untuk meneruskan pembangunan permainan yang sedang dibangunkan oleh Bungie sebelum ini.

Melalui penstrukturan semula ini mereka akan menukar struktur kos dan juga memfokuskan pembangunan kepada dua permainan mereka iaitu Destiny dan juga permainan akan datang Marathon yang diumumkan pada tahun lepas dan masih tiada tarikh pelancaran.

Ini merupakan tahun kedua Bungie mengumumkan pemecatan pekerja, mereka sebelum ini turut mengumumkan pemecatan pekerja pada tahun 2023 yang dikatakan melibatkan lebih kurang 100 pekerja.

PlayStation mengambil-alih pada tahun 2022.

Leave a Reply