Skip to main content

Netflix telah mengumumkan yang filem tempatan dengan kutipan tertinggi tahun ini iaitu Sheriff: Narko Integriti akan disiarkan di platform tersebut pada 30 Ogos ini. Filem ini telah mengutip RM64 juta di pawagam dan menjadi filem kedua dengan kutipan tertinggi selepas Mat Kilau.

Filem ini adalah mengenai Sheriff lakonan Zul Ariffin, seorang anggota polis, ditugaskan untuk menangkap pembunuh bersiri “Meth Killer”. Sementara itu, sindiket dadah Tony Ifrit lakonan Aaron Aziz semakin berleluasa, dan seorang anggota polis muda bernama Nazri lakonan Syafiq Kyle terpaksa menyelesaikan masalah ini dengan caranya yang tersendiri.

Selain Sheriff, Netflix juga mengumumkan filem lain juga akan tiba sepanjang bulan ini seperti Kabut Berduri akan tiba pada hari ini, Studio 666 tiba pada 5 Ogos, Suraya pada 14 Ogos, dan juga siri seperti The Umbrella Academy: Season 4 tiba pada 8 Ogos dan Emily in Paris: Season 4 Part 1 tiba pada 15 Ogos 2024.

Leave a Reply