Skip to main content

James Gunn melalui perkongsian di akaun X beliau telah mengumumkan yang penggambaran untuk filem Superman sudah selesai. Di dalam perkongsian yang sama beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan filem yang menurutnya mengenai “seorang yang baik di dalam dunia yang tidak seberapa”.

Filem Superman ini akan menjadi filem pertama bagi DC Universe iaitu siri filem berdasarkan DC yang diselia oleh James Gunn dan Peter Safran. Ia akan menjadi filem permulaan semula untuk watak Superman dan juga untuk siri filem DC. Pada awalnya, James Gunn menggunakan judul Superman: Legacy akan tetapi selepas skrip untuk filem ini siap, beliau mengatakan yang Superman adalah judul yang lebih tepat.

Senarai pelakon untuk Superman ialah David Corenswet sebagai Clark Kent/Superman, Milly Alcock sebagai Kara Zor-El/Supergirl, Isabela Merced sebagai Kendra Saunders, Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor dan Rachel Broshnahan sebagai Lois Lane.

Filem ini akan ditayangkan pada 11 Julai 2025.

Leave a Reply