Skip to main content

Square Enix telah menawarkan demo Vision of Mana secara percuma untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Microsoft Store dan juga Steam.

Melalui demo ini, pemain boleh mencuba beberapa bahagian penceritaan, pengembaraan dan juga pertempuran sebelum pelancaran penuh permainan ini pada 29 Ogos 2025.

Visions of Mana merupakan permainan seterusnya di dalam siri ‘Mana’ selepas kali terakhir dilancarkan 15 tahun yang lepas. Permainan ini juga menjadi permainan pertama di dalam siri ini, dilancarkan untuk konsol Xbox.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengikut pengembaraan Val yang bersama dengan Faeries iaitu rakannya yang terpilih untuk menjadi Alm of Fire dan perlu ke Tree of Mana untuk mengembalikan aliran mana.

Leave a Reply