Netflix telah melancarkan lima permainan mudah alih baharu pada bulan ini di dalam penawaran mereka. Kesemua permainan ini sudah dilancarkan dan boleh dimainkan tanpa bayaran tambahan oleh pelanggan-pelanggan yang aktif.
Berikut adalah permainan yang disertakan:
- Arranger – Permainan tekaria jubin yang turut menyertakan penceritaan yang menarik.
- The Dragon Price: Xadia – Permainan aksi RPG berdasarkan siri animasi The Dragon Price dan menyertakan watak baharu
- Minesweeper – permainan tekaria klasik kembali dengan turut menyertakan lokasi-lokasi menarik dunia.
- Sports Sports – Perlihatkan kemahiran dalam pelbagai sukan dan cuba menjadi yang terbaik berbanding pemain-pemain lain
- Too Hot To Handle 3 – Permainan berdasarkan siri realiti berjudul sama hadir untuk musim ketiga dan menyertakan lebih banyak customization.
Selain itu, Netflix juga mengumumkan permainan berdasarkan siri Emily in Paris akan tiba pada 15 Ogos, hari yang sama musim keempat. Di dalam permainan ini, anda akan menjadi watak tersendiri dan akan mendapat bantuan daripada Emily, Mindy, Alfie, dan Gabriel di bandar Paris.