Skip to main content

Plaion telah mengumumkan yang mereka telah bekerjasama dengan Skydance New Media untuk menerbitkan permainan yang sedang dibangunkan iaitu Marvel 1943: Rise of Hydra yang merupakan permainan memfokuskan kepada dua watak adiwira Marvel iaitu Captain America dan Black Panther.

Permainan ini diumumkan oleh Skydance dan Marvel Games pada awal tahun ini dengan ia melibatkan Amy Hennig sebagai penerbit bersama dengan Julian Beak. Permainan ini diumumkan akan tiba pada tahun 2025, namun masih tiada pengumuman platform dilakukan.

Penceritaan Marvel 1943: Rise of Hydra berlaku pada tahun 1943 iaitu semasa perang dunia kedua, Black Panther di dalam permainan ini merupakan Azzuri ataupun T’Chanda iaitu bapa kepada T’Chaka dan datuk kepada T’Challa. Selain Captain America dan Black Panther, dua lagi watak yang akan digunakan oleh pemain ialah Gabe Jones dan Nanali.

Leave a Reply