Seperti diumumkan sebelum ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Predator League Asia Pasifik 2025, terbaru Acer juga telah mengumumkan yang kejohanan tersebut akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $400 ribu untuk dua permainan iaitu Dota 2 dan Valorant. Ia akan berlangsung pada bulan Januari 2025 dan akan melibatkan 15 pasukan dari sekitar Asia Pasifik.
Bagi pemilihan untuk pasukan yang akan mewakili Malaysia, Predator League Asia Pasifik 2025 Kelayakan Malaysia akan bermula bulan September ini. Pusingan kelayakan ini adalah terbuka untuk semua dengan pendaftaran sudah dibuka bermula sekarang sehingga 18 Ogos 2024. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan melakukan pendaftaran di pautan ini.
Bagi pusingan kelayakan kali ini, Acer telah membahagiakannya kepada 4 kawasan untuk memberi peluang kepada lebih banyak pasukan. 4 kawasan adalah Utara (Pulau Pinang), Pusat (Kuala Lumpur), Selatan (Johor) dan Timur Malaysia (Sabah).
Berikut adalah tarikh penganjuran untuk setiap kawasan:
- Pusat (Kuala Lumpur): 14-15 September 2024
- Timur Malaysia (Sabah): 21-22 September 2024
- Selatan (Johor): 18-19 Oktober 2024
- Utara (Pulau Pinang): 26-27 Oktober 2024
Juara untuk setiap kawasan akan melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Lembah Klang pada bulan November 2024, selain merebut slot ke Predator League Asia Pasifik 2025, mereka juga akan bertanding untuk hadiah terkumpul $180 ribu.
Anda boleh layari laman rasmi Predator League 2025 untuk maklumat lanjut.