Skip to main content

Level Infinite telah mengumumkan yang peringkat akhir untuk PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2024 akan berlangsung di ExCel Auditorium di London, United Kingdom bermula pada 6 sehingga 8 Disember 2024. Peringkat liga untuk PMGC 2024 akan bermula pada bulan November, maklumat lanjut termasuk juga penganjuran masih tidak diumumkan.

Pada tahun lepas PMGC 2023 dianjurkan di Kuala Lumpur untuk peringkat liga dan peringkat akhir berlangsung di Istanbul, Turkiye yang memperlihatkan IHC Esports pasukan dari Mongolia telah menjadi juara keseluruhan. Manakala dua pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Yoodo Alliance ssekadar berada di tempat ke-15 manakala SEM9 tersingkir di peringkat ‘Survival Stage’.

Selain itu, Level Infinite juga telah mengumumkan yang mod Metro Royale di dalam PUBG Mobile akan menerima acara esukan tersendiri. Metro Royale merupakan mod tambahan yang menyertakan sesi permainan PvPvE.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply