Skip to main content

Uniqlo telah mengumumkan yang bermula hari ini, koleksi Tshirt sudah mula ditawarkan secara dalam talian dan juga cawagan-cawangan mereka sekitar Malaysia, kecuali Vivacity Megamall, AEON Mall Kuching Central, Imago KK Times Square, Suria Sabah yang akan tiba pada 27 Julai 2024.

Koleksi baharu ini adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 untuk siri anime One Piece dengan rekaan-rekaan adalah berdasarkan adegan di dalam siri anime tersebut. Terdapat 8 rekaan berbeza untuk dewasa dan 5 rekaan untuk kanak-kanak yang ditawarkan dengan harga RM59.90 dan RM39.90.

Siri anime One Piece sudah bermula pada tahun 1999 dan masih berterusan sehingga sekarang dan telah mempunyai lebih 1,100 episod setakat ini.

Leave a Reply