Skip to main content

Mountaintop Studios akan melakukan pengumuman secara rasmi permainan sulung mereka pada 1 Ogos ini. Permainan yang mereka sedang bangunkan merupakan permainan dengan genre menembak kompetitif seperti Valorant yang turut menyertakan kemahiran.

Pada 1 Ogos ini, mereka akan memperlihatkan secara lanjut permainan, sesi permainan oleh pencipta kandungan dan juga atlit eukan dan juga pengumuman untuk sesi Playtest seterusnya bagi permainan ini.

Pada awal tahun ini, Mountaintop Studios telah mendapat dana sebanyak $30 juta dengan pelabur terdiri daripada nama-nama besar pencipta kandungan seperti Shroud yang juga terlibat secara langsung di dalam pembangunan, Tarik, iiTzTimmy, Cohh Carnage, Zedd, Sacriel dan juga pemain bola kerajang di NBA, Paul George.

Mountaintop Studios ditubuhkan pada tahun 2020 dan terdiri daripada pembangun-pembangun berpengalaman dan juga bekas pembangun untuk Naughty Dog, Oculus, Respawn, Epic, Double Fine, dan Hidden Path.

Leave a Reply