Skip to main content

Kejohanan Snapdragon Mobile Challenge untuk permainan Mobile Legends akan berlangsung secara rasmi bermula 28 Julai ini untuk peringkat kumpulan. Manakala bagi playoff dan juga peringkat akhir, penganjur iaitu ESL telah mengumumkan yang ia akan berlangsung di Quill City Mall, Malaysia berbanding di Indonesia atas sebab yang tidak dijangkakan.

Peringkat kumpulan akan berlangsung bermula 28 Julai sehingga 30 Julai secara dalam talian. Ia akan melibatkan 12 pasukan yang akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, tiga pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat playoffs.

Berikut adalah 12 pasukan yang terlibat yang sudah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A

  • Bigetron Beta
  • Geek Fam ID
  • HomeBois
  • NIP Flash
  • RSG Philippines
  • Team Liquid PH

Kumpulan B

  • Falcons AP.Bren
  • Fnatic ONIC
  • Omega Esports
  • Rebellion Esports
  • See You Soon
  • Selangor Red Giants

Peringkat playoff akan berlangsung pada 2 Ogos sehingga 4 Ogos yang akan dianjurkan secara fizikal di Quill City Mall, Kuala Lumpur untuk merebut hadiah terkumpul $150 ribu.

Selangor Red Giants yang baru sahaja memenangi Mobile Legends: Bang Bang Mid Season Cup (MSC) 2024 sebelum ini sudah semestinya ingin menjadikan kejohanan ini sebagai persediaan sebelum musim baharu Mobile Legends Professional League berlangsung.

Kemasukan untuk peringkat playoff adalah percuma dan anda juga boleh mengikut kejohanan ini melalui saluran ESL dan juga Mobile Legends.

Leave a Reply