HBO Go telah mengumumkan yang siri baharu Rick and Morty: The Anime akan mula disiarkan di platform tersebut pada 16 Ogos 2024. Siri ini akan menyertakan 10 episod dan akan tiba secara mingguan.
Rick and Morty: The Anime diarahkan oleh Takashi Sano yang sebelum ini menjadi pengarah untuk siri anime seperti Tower of God dan juga beberapa kandungan sampingan bagi Rick and Morty seperti Rick and Morty vs Genocide dan Summer meets God (Rick meets Evil).
Berikut merupakan senarai pelakon suara untuk bahasa Jepun dan bahasa Inggeris:
- Rick – Youhei Tadano / Joe Daniels
- Morty – Keisuke Chiba / Gabriel Regojo
- Summer – Akiha Matsui / Donna Bella Litton
- Jerry – Manabu Muraji / Joe Daniels
- Beth – Takako Fuji / Patricia Duran
Siri ini akan membawa penceritaan dan pengembaraan baharu yang tidak akan berkait dengan siri sedia ada yang kini sudah memasuki tujuh musim dan juga boleh ditonton di HBO Go.
HBO Go boleh dilanggan dengan harga RM23.30/sebulan dan juga melalui penawaran oleh Astro serta Unifi TV.