Skip to main content

Blizzard akhirnya melancarkan penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Perils in Paradise yang membawa pemain ke Sprial Isles iaitu tempat ‘kegemaran’ baharu untuk Azeroth. Penambahan ini merupakan yang kedua di dalam Year of the Pegasus dan menyertakan 145 kad baharu termasuk juga dengan Keyword: Tourist.

Keyword baharu Tourist ini membolehkan sesuatu kad ‘bercuti’ ke kelas yang lain, selepas kad yang mempunyai keyword ini dimasukkan di dalam dek, kelas destinasinya akan turut disertakan di dalam dek tersebut. Setiap kelas akan menerima satu kad Legendary Tourist.

Penambahan ini juga menyertakan 6 locations yang jika pemain memenuhi keperluan kad tersebut, ia akan mengulangi kebolehannya. Selain itu, terdapat juga Spells dalam bentuk ‘Drink’ yang pemain boleh mengulangi penggunaannya sebanyak 3 kali.

Hearthstone sudah dilancarkan untuk PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply