81 Produce iaitu agensi untuk Noriko Ohara telah mengumumkan yang beliau telah meninggal dunia pada 12 Julai lepas, selepas operasi pembedahan yang tidak berjaya pada umur 88 tahun, meninggalkan suami dan seorang anak.
Noriko Ohara telah menjadi pelakon dan juga pelakon suara sejak tahun 1955 lagi, dan paling dikenali sebagai pelakon suara asal untuk Nobita daripada siri anime Doraemon. Beliau bermula sebagai pelakon suara Tamako Nobi iaitu ibu kepada Nobita, sebelum menjadi pelakon suara untuk watak tersebut pada tahun 1979 sehinggalah tahun 2005 iaitu sebanyak 2,347 episod.
Beliau juga dikenali membawa Doronjo untuk siri Yattaman pada tahun 2008 dan juga di dalam permainan video Tatsunoko vs. Capcom: Ultimate All Stars.\