Kemaskini: Call of Duty Modern Warfare III sudah ditawarkan melalui Xbox Game Pass, PC Game Pass, dan Game Pass Ultimate hari ini.
Xbox Game Pass telah mengumumkan yang Call of Duty Modern Warfare III akan menyertai Xbox Game Pass, PC Game Pass dan Game Pass Ultimate bermula pada 24 Julai di Amerika Syarikat, atau sekitar hari ini ataupun awal esok bagi pemain di Malaysia.
Call of Duty: Modern Warfare III merupakan siri Call of Duty terkini dilancarkan pada akhir tahun lepas. Ia merupakan permainan susulan kepada Modern Warfare II yang dilancarkan pada tahun 2022 dan sebahagian daripada siri Modern Warfare yang dihasilkan semula bermula dengan Modern Warfare yang dilancarkan pada tahun 2019.
Permainan seterusnya bagi siri Call of Duty adalah Call of Duty: Black Ops 6 yang akan dilancarkan pada 25 Oktober ini dan menyertai Game Pass pada tarikh yang sama.
Buat masa sekarang, hanya PC Game Pass yang ditawarkan di Malaysia dengan harga langganan RM15 sebulan dan akan dinaikkan harga kepada RM20 bermula September ini.