Skip to main content

20th Century Studios telah memuat naik treler yang mengatakan Kingdom of the Planet of the Apes iaitu filem terbaru di dalam siri Planet of the Apes ini akan mula disiarkan di Hulu pada 2 Ogos 2024, saluran khusus untuk Kanada pula mengatakan ia juga akan tiba untuk Disney+ pada tarikh yang sama.

Buat masa ini masih tiada pengumuman rasmi oleh Disney+ Hotstar, akan tetapi seperti sebelum-sebelum ini kita boleh jangkakan yang ia akan tiba pada tarikh yang sama.

Kingdom of the Planet of the Apes membawa penceritaan 300 tahun selepas kejadian di dalam War of the Planet of the Apes dengan Caesar walaupun sekadar tinggal nama sahaja, masih memainkan peranan penting di dalam tamadun Apes.

Filem ini diarahkan oleh Wes Ball dengan pelakon seperti Owen Teague, Freya Allan, Kevin Durand, Peter Macon dan William H. Macy.

Melalui ulasan, kami mengatakan yang filem ini bukanlah satu filem yang cashgrab, tetapi ia menyertakan satu permulaan penceritaan yang menarik yang saya berharap akan diteruskan untuk sekurang-kurangnya satu trilogi baharu bagi siri filem ini.

Baca: Ulasan Kingdom of the Planet of the Apes

Leave a Reply