Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Conscript
Tarikh Pelancaran: 23 Julai 2024
Platform: PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Permainan seram ketahanan hidup ini meletakkan pemain menjadi tentera Perancis ketika peperangan pada tahun 1916. Pemain perlu melalui parit yang seram untuk mencari adiknya yang hilang semasa peperangan. Ia menyertakan tatamain yang disampaikan melalui pandangan dari atas.
Exophobia
Tarikh Pelancaran: 23 Julai 2024
Platform: PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Permainan menembak pantas yang menggunakan grafik dengan gaya retro ini meletakkan pemain sebagai seorang angkasawan yang terhempas di satu planet misteri dan dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang ganas.
F1 Manager 2024
Tarikh Pelancaran: 23 Julai 2024
Platform: PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Frontier Development kembali lagi dengan permainan terbaru di dalam siri simulasi pengurusan sukan ini dan membawa musim baharu untuk F1. Antara penambahan baharu yang disertakan bagi versi kali ini adalah mod “Create A Team” untuk hadir dengan pasukan sendiri termasuk juga menghasilkan perhiasan kereta.
Arranger: A Role-Puzzling Adventure
Tarikh Pelancaran: 25 Julai 2024
Platform: PS4, PS5, Nintendo Switch, PC, Permua (Netflix)
Pemain akan menjadi Jemma yang di dalam pengembaraan untuk mencari ‘dirinya’ sendiri dengan keluar daripada kehidupannya yang selesa. Menariknya, pengembaraan Jemma ini disampaikan secara tekaria jubin dan dengan grafik yang unik.
Daydream: Forgotten Sorrow
Tarikh Pelancaran: 25 Julai 2024
Platform: PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, PC(sudah dilancarkan)
Pemain akan mengawal seorang kanak-kanak bernama Griffin yang sedang melalui semula kehidupan seorang lelaki yang hampir mati. Sebagai Griffin yang ditemani oleh Birly iaitu Teddy Bear, pemain dapat melihat memori dan kenangan lelaki tersebut dan berusaha untuk membuang ingatan yang tidak baik sebelum dia meninggal.