Arc System Works ketika EVO 2024 telah mengumumkan watak-watak yang akan tiba sebagai sebahagian daripada Pas Semusim 4 yang turut menyertakan buat pertama kali watak jemputan iaitu Lucy daripada siri anime Cyberpunk: Edgerunners, iaitu siri berdasarkan permainan oleh CD Projekt Red, Cyberpunk 2077.
Bersama dengan Lucy, tiga lagi watak yang disertakan adalah Dizzy yang akan tiba bulan Oktober ini, Venom dan juga seorang watak baharu bagi permainan ini iaitu Unika. Venom, Unika dan Lucy akan tiba pada tahun depan. Mereka juga mengumumkan mod 3 lwn 3 akan turut diperkenalkan di dalam permainan ini.
Guilty Gear -Strive- sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.