505 Games telah menawarkan DLC untuk Crime Boss: Rockay City secara percuma bermula pada 18 Julai lepas dan akan berlanjutan sehingga jangka masa yang tidak ditetapkan lagi. Pemain boleh dapatkan permainan asas bersama DLC dengan harga bermula RM49, mungkin berbeza mengikut platform berlainan.
Melalui penawaran ini 4 DLC yang disertakan iaitu Tactical Weapon Pack (menyertakan 4 senjata baharu), Heavy Hitters Pack (6 senjata baharu), Dragon’s Gold Cup Expansion (penceritaan dan misi baharu) dan Cagnali’s Crime Boss (penceritaan, misi dan penjahat baharu).
Crime Boss: Rockay City sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.