Skip to main content

20th Century Studios telah berkongsi satu lagi treler untuk Alien: Romulus dan dinyatakan yang ia akan menjadi treler terakhir sebelum filem ini ditayangkan bermula pada 16 Ogos 2024.

Seperti treler sebelum ini, treler kali ini memfokuskan kepada adegan-adegan seram atau ganas yang berlaku terutama dengan Facehugger yang hadir dengan jumlah yang banyak.

Filem ini diarahkan oleh Fede Alvarez iaitu pengarah untuk Don’t Breathe dan Evil Dead. Beliau juga menulis filem ini bersama dengan Dan O’Bannon dan Rodo Sayagues. Ridley Scott yang mengarah filem pertama akan menjadi penerbit.

Senarai pelakon antaranya ialah Isabela Merced, Cailee Spaeny, Archie Renaux, Daid Johnsson, Spike Fearn dan Aileen Wu.

Leave a Reply