Skip to main content

Melalui artikel ini kami akan kongsikan filem-filem menarik yang memulakan tayangan di pawagam tidak kira pada awal minggu ini ataupun bermula pada hujung minggu ini. Tarikh tayangan adalah mengikut yang tersenarai di CinemaOnline dan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Berikut adalah 5 filem menarik yang tiba di pawagam sepanjang minggu ini:

Lubuk

Titi dan Dirwan telah membuka satu rumah untuk menjadi tempat tinggal bagi orang-orang yang tidak berumah dan juga yang tiada ala tuju. Rumah tersebut mendapat perhatian ramai terutama kerana Titi dan Dirwan tidak meminta sebarang bayaran untuknya. Namun, rumah tersebut sebenarnya mempunyai satu rahsia yang gelap.

Unsung Hero

Filem mengenai keluarga kepada Joel, Luke dan Rebecca yang membentuk kumpulan muzik For King + Country. Filem ini memfokuskan bagaimana mereka sekeluarga menghadapi kesukaran selepas kegagalan syarikat ayah mereka di Australia dan beralih ke Amerika Syarikat untuk memulakan semula kerjaya mereka.

Twisters

Filem ini adalah mengenai Kate Cooper yang ingin menghasilkan sesuatu yang boleh mengawal puting beliung untuk mengurangkan bencana yang berlaku. Namun, sebelum dia dapat berjaya dia terpaksa menghadapi ancaman puting beliung itu sendiri tetapi juga trauma daripada kemalangan masa silam.

Baca: Ulasan Twisters (2024)

Snow in Midsummer

Filem sejarah mengenai ‘Peristiwa 13 Mei’ yang memperlihatkan kepada kejadian semasa tahun 1969 tersebut dan juga pada tahun 2018 dengan watak utama iaitu Eng yang melalui sendiri peristiwa tersebut mengenang kembali apa yang berlaku.

Festival Filem Antarabangsa Malaysia

Festival Filem Antarabangsa Malaysia kembali lagi untuk tahun ke-7 dan bagi penganjuran kali ini ia menawarkan 42 filem dari 30 negara. Festival ini akan bermula pada 22 Julai sehingga 28 Julai di GSC MyTown dan GSC BBCC (26 Julai). Antara filem-filem menarik Indera, Abang Adik, Anatomy of Fall, The Woman Who Cries dan Forest Killer bersama dengan filem-filem oleh Yasmin Ahmad.

Baca: Festival Filem Antarabangsa Malaysia Bermula 22 Julai โ€“ 42 Filem Termasuk Oleh Yasmin Ahmad

Leave a Reply