Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsikan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
Bagi minggu ini, berikut adalah 5 kandungan menarik yang anda boleh strim:
Beast
Platform: Netflix
Filem lakonan Idris Elba sebagai Dr. Nate yang membawa dua anak perempuannya ke Afrika Selatan untuk bercuti bertukar menjadi cemas apabila mereka menjadi sasaran seekor singa liar yang ingin membunuh sesiapa sahaja di kawasannya.
Baca: Ulasan Beast
Nope
Platform: Netflix
Filem arahan Jordan Peele ini adalah mengenai adik beradik telah menemui sesuatu yang berbahaya di atas ladang kudanya yang juga mengakibatkan kematian bapanya. Pada masa yang sama, pemilik taman tema yang berhampiran juga ingin mengambil kesempatan daripada perkara itu untuk menarik orang ke kawasan tersebut.
LALIGA: All Access
Platform: Netflix
Siri dokumentari yang memfokuskan kepada belakang tabir untuk liga bola sepak utama di Sepanyol iaitu LALIGA. Ia menyertakan babak-babak menarik daripada perlawanan bola sepak, temubual dengan orang-orang penting daripada kelab dan juga pelbagai kontroversi yang terjadi di atas dan juga luar padang.
My Spy: The Eternal City
Platform: Prime Video
Filem susulan untuk My Spy yang diterbitkan pada tahun 2020 memfokuskan kepada JJ lakonan Dave Bautista mengikut Sophie lakonan Chloe Choleman untuk lawatan sambil belajar di Itali tetapi kemudian mereka berdua terlibat dengan pengganas.
Omnivore
Platform: Apple TV+
Siri yang memfokuskan kepada makanan ini dibawakan oleh René Redzepi iaitu tukang masak terkenal yang juga pemilik kepada restoran Noma. Setiap episod di dalam siri ini memfokuskan kepada makanan-makanan yang berbeza dan membawa kisah yang tersendiri.