Skip to main content

GSC telah mengumumkan yang Festival Filem Antarabangsa Malaysia yang ke-7 akan berlangsung bermula pada 22 Julai sehingga 28 Julai 2024. Festival ini akan melibatkan 42 filem dari 30 negara dan akan ditayangkan di GSC MyTown pada 22 sehingga 28 Julai dan di GSC BBCC pada 26 Julai.

Antara filem yang akan ditayangkan:

  • Indera – Malaysia
  • Abang Adik – Malaysia
  • Perfect Days – Jepun
  • Anatomy of a Fall – Perancis
  • The Woman Who Cries – Brazil
  • Forest Killer – Republik Czech

Festival kali ini juga menengahkan filem-filem oleh Yasmin Ahmad iaitu Muallaf, Gubra dan Sepet bersama dengan Yasmin-san iaitu dokumentari yang memfokuskan kepada pengaruh Yasmin Ahmad di dalam industri perfileman.

Kesemua tiket ditawarkan dengan harga RM10 dan boleh dibeli melalui Kiosk ataupun aplikasi GSC. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai festival ini di laman rasmi.

Leave a Reply