Netflix telah mengumumkan yang siri anime Ranma 1/2 yang baharu akan dihasilkan oleh MAPPA dan ia akan diterbitkan oleh Netflix selepas siaran di Jepun bermula pada 5 Oktober ini.
Ranma 1/2 merupakan siri manga yang bermula pada tahun 1987 dan berakhir pada tahun 1996. Ia sebelum ini sudah menerima siri anime yang bermula pada tahun 1989 sehingga 1992. Ia juga telah menerima 12 filem dan satu filem aksi nyata.
Siri ini memfokuskan kepada Ranma Saotome iaitu seorang remaja lelaki yang juga seorang pelajar ilmu pertahanan diri, namun selepas satu kejadian dia akan berubah menjadi wanita apabila terkena air sejuk dan air panas akan mengembalikannya menjadi lelaki.