Acara tahunan bersama peminat untuk permainan-permainan oleh HoYoverse iaitu HoYo Fest kembali lagi tahun ini dan akan berlangsung pada 13 Ogos sehingga 19 Ogos 2024 bertempat di Pavilion Bukit Jalil.
Seperti biasa, acara kali ini akan melibatkan permainan-permainan mereka seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail, Tears of Themis dan permainan yang baru sahaja dilancarkan iaitu Zenless Zone Zero.
Sepanjang acara ini anda boleh mengumpul cap dengan mengunjungi setiap reruai di acara ini untuk menggunakan HoYo Fest Photo Booth. Selain itu, setiap permainan juga disertakan dengan aktiviti tersendiri seperti anda boleh perlihatkan UID Genshin Impact anda untuk mendapat penghias kepala HoyoFest, atau UID Honkai: Star Rail untuk dapatkan poskad dan juga mengambil gambar di reruai Zenless Zone Zero untuk mendapatkan tiket rekaan khas.
Anda boleh baca lanjut mengenai aktiviti-aktiviti HoYo Fest di pautan ini.
Selain melakukan aktiviti ini, anda juga boleh mengunjungi HoYo Fest untuk membeli barangan rasmi bagi kesemua permainan. Pengunjung dihadkan 2 unit untuk barangan yang sama dan 30 barangan di dalam satu tempahan. Setiap pembelian akan disertakan bersama beg kertas HoYo Fest.