Netflix minggu ini telah berkongsi treler acah untuk Terminator Zero iaitu siri anime berdasarkan siri filem Terminator yang dihasilkan oleh James Cameron dan Gale Anne Hurd. Siri ini akan mula disiarkan di Netflix pada 29 Ogos 2024.
Siri ini tidak meneruskan penceritaan siri filem, tetapi berlaku di dalam dunia yang sama. Ia memfokuskan kepada kejadian di Jepun iaitu Malcom Lee sedang membangunkan AI yang ingin menjadi pencabar kepada Skynet. Dengan ‘Hari Pengadilan’ menghampiri, dia bersama dengan anak-anaknya telah menjadi sasaran satu robot pembunuh. Seorang tentera dari tahun 2022 telah dihantar untuk melindunginya.
Terminator Zero diterbitkan oleh Production I.G, Skydance Television dan Netflix Animation.