Critical Hit Games dan PLAION telah melancarkan permainan Nobody Wants to Die hari ini unutk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam. Mereka juga berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi James Karra iaitu seorang detektif yang menyiasat tempat jenayah dengan memanipulasi masa untuk mencari pembunuh di zaman yang kematian adalah sesuatu yang bukan kebiasaan.
Permainan ini menggunakan Unreal Engine 5 dan menyertakan grafik dengan gaya ‘cinema realistic‘ dan penceritaan yang mendalam.