Skip to main content

Activision telah mengumumkan yang sesi beta terbuka multi-pemain untuk Call of Duty Black Ops 6 akan berlangsung pada 31 Ogos sehingga 4 September untuk akses awal dan pada 7 September sehingga 9 September untuk semua pemain.

Bagi sesi akses awal, ia terbuka kepada semua pemain yang melakukan pra-tempahan untuk permainan ini dan juga bagi pelanggan Game Pass. Manakala bagi sesi kedua terbuka untuk kesemua yang ingin mencuba. Buat pertama kali, sesi beta ini terbuka untuk kesemua platform secara serentak.

Melalui sesi beta ini, pemain dapat mencuba pelbagai jenis senjata, barangan dan juga Perks melalui beberapa mod berlainan. Pemain juga boleh mencuba sendiri sistem pergerakan baharu iaitu Omnimovement yang menjadikan pergerakan lebih realistik.

Call of Duty Black Ops 6 dilancarkan pada 25 Oktober 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Ia juga ditawarkan melalui Xbox Game Pass dan PC Game Pass pada hari pelancaran.

Leave a Reply