Skip to main content

PUBG Mobile telah mengumumkan yang melalui kemaskini terbaru bagi permainan tersebut iaitu versi 3.3, mereka akan menyertakan pelbagai penambahan seperti “Ocean Odyssey” iaitu mod baharu yang memfokuskan tatamain di dalam air, kemaskini untuk mod-mod lain dan bermulanya musim ke-19.

Mod Ocean Odyssey yang sudah boleh dimainkan sejak 11 Julai lepas menyertakan peta di dalam air yang mempunyai kawasan-kawasan seperti Ocean Palace dan Forsaken Ruins. Bagi mengembara di dalam air ini, pemain boleh gunakan kenderaan baharu iaitu Gleaming Stingray dan juga Whale Escape Pod.

Bagi mod Classic pula, ia menerima senjata baharu iaitu DSR Sniple Rifle, manakala peta Erangel pula menerima perubahan landskap, Ruins dan Mylta Power Plant juga kini menerima perubahan susun atur untuk memberikan pengalaman serba baharu. Di dalam mod Payload pula, Intel Rooms dipekenalkan yang akan memberikan pelbagai barangan untuk membantu sesi permainan.

Versi 3.3 ini juga membawa perubahan untuk World of Wonder memberikan elemen baharu di dalam mod ini antaranya pemain boleh melakukan naik taraf menara pada masa yang sama menggunakan senjata untuk melawan gelombang penjahat. Kawasan dalam air iaitu Ocean Palace dan Underwater World juga disertakan di dalam mod ini.

Metro Royale pula menerima mod baharu iaitu Zombie Uprising yang akan memerlukan pemain untuk berkerjasama bagi melawan zombi dan juga melalui cuaca yang dinamik untuk terus kekal hidup. Senjata baharu seperti M134 Minigun dan Flamethrower juga boleh digunakan oleh pemain.

Home pula akan menerima tema baharu iaitu Aegean Bay Cove, bagi pemain yang telah mencapai tahap 4 untuk Home boleh dapatkan pek barangan Aegean Bay Cover secara percuma. Kemaksini terbaru juga menggalakkan pemain utnuk berinteraksi dengan pemain lain melalui fungsi baharu aiitu Home Party.

Pemain juga boleh mula dapatkan barangan baharu melalui musim terbaru iaitu Musim 19 Kitaran 7.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply