Skip to main content

HoYoverse telah mengumumkan yang Genshin Concert Tour – Melodies of an Endless Journey akan kembali dianjurkan di Malaysia iaitu pada 19 Oktober 2024 di Calvary Convention Centre.

Penjualan tiket untuk konsert ini akan mula dibuka pada 19 Julai untuk jualan awal yang berlangsung sehingga 11 Ogos, 12 Ogos dan selanjutnya untuk jualan umum. Setiap pembelian tiket boleh dilakukan melalui laman 54 Entertainment.

Harga tiket bermula pada RM228 sehingga RM578 mengikut tempat duduk. Setiap pembelian akan mendapat tiket bersama dengan 1 kad watak lutsinar, tiket rekaan khas bersama dengan sampul untuknya.

Konsert ini akan dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra dengan konduktor ialah Thanapol Setabrahmana. Ia akan menyertakan muzik-muzk dari Mondstadt, liyue, Inazuma, Sumeru dan juga Fontaine.

Leave a Reply