GSC telah menganjurkan Fan Screening untuk filem Deadpool & Wolverine pada 25 dan 26 Julai ini, tayangan ini adalah untuk dewan IMAX dan bertempat di lokasi terpilih iaitu Aurum TRX, GSC KL East Mall, GSC Mid Valley Southkey dan GSC IOI City Mall 2.
Fan Screening ini ditawarkan dengan dua harga iaitu RM80 untuk Aurum TRX dan RM60 untuk lokasi-lokasi lain yang menyertakan satu tiket filem, satu poster, kombo bertih jagung dan 1 keychain Deadpool & Wolverine.


Selain itu, bagi yang ingin tonton lebih awal, Aurum TRX juga menyertakan Ultimate Fan Screening dengan harga RM120, pembeli boleh dapatkan kesemua barangan Fan Screening dengan tambahan satu Friendship Necklace manakala kombo bertih jagung adalah freeflow.
Anda boleh melakukan pembelian untuk Fan Screening di pautan ini dan Ultimate Fan Screening melalui pautan ini.
Deadpool & Wolverine akan ditayangkan pada 25 Julai 2024.