C2E4 telah mengumumkan penganjuran acara esukan Campus Legends Invitational Asia Tenggara yang akan melibatkan pelajar-pelajar dari Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

Bagi penganjuran ini, mereka akan bekerjasama dengan Capcom untuk menganjurkan kejohanan Street Fighter 6.

Kejohanan ini akan bermula pada bulan ini dengan setiap negara akan menganjurkan pusingan kelayakan mereka sendiri, ia mungkin secara dalam talian ataupun luar talian mengikut penganjur di setiap negara.

Selepas pusingan kelayakan ini, Last Chance Qualifiers akan berlangsung pada bulan Oktober 2024 dengan Peringkat Akhir akan berlangsung di Singapura.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini di laman rasmi mereka.

Sohor Kini