Sony Interactive Entertainment telah berkongsi senarai permainan baharu yang akan menyertai Katalog PS Plus iaitu penawaran khusus untuk pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe. Permainan-permainan yang disertakan ini akan mula boleh dimuat turun pada 16 Julai 2024.

Berikut adalah permainan yang disertakan:

  • Remnant II
  • Crisis Core – Final Fantasy VII Reunion
  • Mount & Blade II: Bannerlord
  • The Jackbox Party Pack 9
  • Pathfinder: Wrath of the Righteous
  • No More Heroes 3
  • Travis Strikes Again: No More Heroes
  • Deadcraft
  • Steep

Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation VR2 dan PlayStation Classic – berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • Job Simulator
  • Summoner
  • Ratchet and Clank Size Matters
  • Jeanne d’Arc

PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM39/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.

Sohor Kini