2K sebelum ini telah mengumumkan yang NBA 2K25 akan dilancarkan pada 6 September 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan juga PC.

Mereka juga mengumumkan yang Jayson Tatum yang baru-baru ini memenangi NBA Champion bersama dengan Boston Celtic dan A’ja Wilson yang memenangi WNBA Champions bersama dengan Las Vegas Aces menjadi penghias muka depan permainan ini. Pemain legenda Vince Carter pula akan menghias bagi edisi NBA 2K25 Hall of Fame Edition.

NBA 2K25 memperkenalkan teknologi ProPLAY yang menggunakan video-video permainan NBA sebenar untuk menghasilkan tatamain yang lebih baik. Teknologi ini terhad untuk permainan ini di PS5, Xbox Series dan PC.

Selain itu, pemain di tiga platform tersebut juga akan mendapat The City iaitu hab baharu untuk sesi permainan bagi mod MyCAREER, manakala pemain di platform generasi lepas akan mendapat Neighborhood yang diperbaharui.

Mod MyNBA pula akan menerima Era baharu yang membawa kepada 6 Era secara keseluruhannya. Era merupakan sebahagian di dalam MyNBA yang membolehkan pemain untuk mengurus pasukan daripada tahun-tahun yang lepas. Era hanya terhad kepada NBA 2K di konsol generasi terkini dan juga PC.

NBA 2K25 ditawarkan dengan tiga edisi iaitu Standard Edition dengan harga RM239 di PC dan RM345 di PlayStation 5, All-Star Edition dengan harga RM329 atau RM494 dan Hall of Fame Edition dengan harga RM500 atau RM649 yang juga akan menyertakan langganan NBA League Pass selama 12 Bulan untuk menonton musim akan datang NBA.

Sohor Kini