Pocketpair iaitu pembangun untuk permainan Palworld telah mengumumkan usaha sama bersama dengan Sony Music Entertainment dan juga Aniplex, Inc untuk menubuhkan Palworld Entertainment yang akan memecut usaha untuk mengembangkan lagi jenama Palworld di dalam medium-medium yang berbeza.

Palworld Entertainment akan bertanggungjawab untuk mengurus pelesenan yang akan berkait dengan permainan Palworld. Projek pertama bagi usaha sama ini adalah penghasilan merchandise berdasarkan permainan tersebut yang akan dijual semasa “Bilibili World 2024” yang akan berlangusng di Shanghai, China pada 12 Julai ini.

Palworld sudah dilancarkan pada awal tahun ini untuk Xbox One, Xbox Series, dan PC dan telah mempunyai lebih 25 juta pemain.

Sohor Kini