Skip to main content

Apple Arcade telah mengumumkan yang tiga judul permainan baharu akan menyertai perkhidmatan tersebut sepanjang bulan Ogos, tiga permainan tersebut adalah Temple Run: Legends, Vampire Survivors+ dan Castle Crumble versi Apple Vision Pro.

Temple Run: Legends yang dibangunkan oleh Imangi Studios membawa tatamain klasik untuk siri permainan ini tetapi menyertakan mod baharu, cabaran yang dinamik dan juga mendapat pelbagai ganjaran di dalam permainan.

Manakala Vampire Survivors+ dibangunkan oleh Poncle merupakan permainan popular di setiap platform ia dilancarkan. Ia juga boleh dikatakan mempopularkan genre ini dan telah menerima beberapa permainan lain yang menyertakan konsep yang sama.

Kedua-dua permainan ini akan tiba pada 1 Ogos 2024.

Pada 29 Ogos pula, permainan tekaria berdasarkan fizik iaitu Castle Crumble yang dibangunkan oleh Orbital Knight akan menerima versi Apple Vision Pro, menjadi permainan pertama di dalam Apple Arcade yang menyokong perkakas terbaru oleh Apple tersebut. Castle Crumble juga sudah dilancarkan melalui Apple Arcade untuk platform lain.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Leave a Reply