Paramount Pictures telah berkongsi treler untuk Gladiator II iaitu filem susulan kepada Gladiator dan akan ditayangkan pada 14 November 2024. Filem ini masih diarahkan oleh Ridley Scott seperti filem pertama dan berlaku 20 tahun selepas kejadian di dalam filem tersebut.
Filem ini memfokuskan kepada Lucius Verus lakonan Paul Mescal iaitu cucu kepada Marcus Aurelius dan anak kepada Lucilla, muncul di dalam filem pertama sebagai watak kanak-kanak. Selepeas kejadian filem pertama, dia telah hidup sebagai orang biasa dan tidak mengetahui mengenai nasib ibunya di Rom.
Selepas kampung tempat tinggal-nya dirampas oleh tentera Rom yang diketuai oleh Marcus Acacius lakonan Pedro Pascal dia menjadi hamba dan dengan dorongan Macrinus lakonan Denzel Washington dia menjadi Gladiator dan mengambil inspirasi daripada Maximus untuk melawan pemerintah Rom iaitu adik beradik Caracalla lakonan Fred Hechinger dan Geta lakonan Joseph Quinn.