Skip to main content

Microsoft telah mengumumkan peningkatan harga untuk Xbox Game Pass termasuk juga pengenalan tawaran tier baharu iaitu Standard yang tidak lagi menawarkan permainan-permainan baharu. Ia akan menyertai tier Core dan juga Ultimate.

Di Amerika Syarikat, Core yang tidak menyertakan katalog permainan Game Pass ditawarkan dengan harga $9.99 sebulan, manakala Standard ditawarkan dengan harga $14.99 selain tidak menyertakan penawaran “Day One” ia juga tidak menyertakan kelebihan EA Play dan Riot Games. Bagi Ultimate yang menyertakan kesemua kelebihan ini, termasuk juga Xbox Cloud Gaming ditawarkan dengan harga $19.99.

Bagi pengguna di Malaysia, hanya PC Game Pass yang ditawarkan dan turut terkesan dengan peningkatan harga ini iaitu RM20 berbanding RM15 sebelum ini. Namun, segala kelebihan iaitu permainan “Day One” dan juga kelebihan EA Play serta Riot Games masih dikekalkan.

Peningkatan harga ini akan bermula pada 12 September 2024.

Leave a Reply