HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 4.8 “Summertide Scales and Tales” akan dilancarkan pada 17 Julai 2024 dan membawa sambutan musim panas ke kawasan baharu Simulanka dan Emilie watak baharu akan disertakan bersama dengan kostum untuk Nilou dan juga Kirara.
Simulanka merupakan satu kawasan yang dipenuhi dengan makhluk dengan bentuk origami, watak mekanikal dan juga rekaan fantasi. Pemain akan bersama dengan Kirara, Nilou, Navia dan Wanderer akan bersama mengembara di dunia ini. Kirara dan Nilou juga akan mendapat kostum baharu dengan kostum untuk Kirara boleh didapatkan dengan melakukan misi manakala Nilou boleh dibeli melalui kedai di dalam permainan.
Acara masa terhad akan berlangsung di Simulanka yang menyertakan pelbagai permainan mini untuk pemain dapatkan ganjaran-ganjaran di dalam permainan. Antaranya adalah “Boreal Flurry”, “Flying Hatter’s Trick” dan “Metropole Trials”.

Emilie watak 5-bintang Dendro baharu juga dipekenalkan, dia menggunakan polearm yang mempunyai kelebihan melakukan serangan yang lebih kuat terhadap penjahat yang sedang terbakar. Bersama dengan pengenalan ini, Story Quest untuknya juga disertakan iaitu “Pomum de Ambra Chapter”.

HoYoverse juga telah mengumumkan “Long-Term Encounter Points” yang membolehkan pemain untuk menyimpan Encounter Points untuk digunakan pada hari yang lain. Long-Term Encounter Points ini boleh digunakan dengan melakukan aktiviti yang menggunakan Original Resin, ia juga hanya tersimpan sepanjang versi yang sama sahaja. Contohnya, Point yang disimpan semasa versi 4.7 atau 4.8 akan dipadamkan apabila memasuki versi 5.0. Tambahan pada itu, World Bosses juga kini boleh diulang setiap 10 saat berbanding 5 minit pada waktu ini.
Mereka juga mengacah dunia dan juga watak untuk Natlan iaitu kawasan baahru yang akan tiba di dalam Genshin Impact tidak lama lagi. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Genshin Impact sudah dilancarkan untuk PlayStation, PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.