10 Anime Menarik Untuk Musim Panas 2024

Kita sudah memasuki “Musim Panas” untuk tahun 2024, dan seperti selain menandakan peralihan cuaca, ia juga menandakan pelbagai anime akan mula disiarkan pada bulan ini. Melalui artikel ini, kami akan kongsikan 10 anime menarik yang memulakan siaran mereka pada bulan ini, termasuk juga bagi anime yang memasuki musim baharu, jika ada, kami juga akan sertakan platform-platform yang anda boleh tonton anime tersebut.

Berikut adalah 10 anime baharu yang bermula pada bulan ini:

Oshi no Ko (Musim 2)

Musim kedua ini, Aqua masih lagi cuba mencari identiti bapanya yang bertanggungjawab ke atas kematian ibunya. Dia telah menyertai satu persembahan teater yang dikatakan pernah melibatkan bapanya. Manakala adiknya Ruby ingin mengikut jejak langkah ibu mereka menjadi idola.

Platform: Netflix, IQIYI

The Strongest Magician in the Demon Lord’s Army Was a Human

Ike merupakan ahli magis terkuat di dalam tentera iblis akan tetapi tiada orang yang menyedarinya yang dia merupakan seorang manusia. Menggunakan pelbagai helah dia berjaya merahsiakan identitinya dan menjadi komander yang disegani.

Platform: Crunchyroll, Ani-One Asia

Alya Sometimes Hides Her Feelings in Russian

Alya merupakan pelajar popular yang mempunyai darah kacukan Jepun dan Russia, populariti dirinya menjadikan dia tidak mempunyai rakan karib kecuali Masachika Kuze yang Alya sering bergurau di dalam bahasa Rusia tanpa dia sedari yang Masachika juga memahami bahasa tersebut.

Platform: Crunchyroll, Ani-One Asia

I Parry Everything

Noor mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pengembara, bagi mencapai cita-cita tersebut dia telah berlatih berseorangan dan telah menjadi sangat mahir di dalam ilmu pertahanan diri akan tetapi untuk mengelak sahaja tanpa kebolehan untuk melakukan serangan balas.

Platform: Muse Malaysia

The Elusive Samurai

Tokiyuki Houjou merupakan pewaris kepada takhta Kamakura Shogunate yang berumur 8 tahun, dia tidak mempunyai kebolehan lain selain bergerak dengan pantas. Selepas Takauji Ashikaga merampas kuasa, Tokiyuki terpaksa melarikan diri tetapi pada masa yang sama dia cuba untuk membentuk tentera bagi mengambil semula kuasa.

Platform: Netflix, IQIYI

Suicide Squad ISEKAI

Amanda Waller telah mengumpulkan sekumpulan penjahat untuk memasuki satu dunia lain iaitu ISEKAI. Dunia ini dipenuhi dengan magis, orcs dan juga naga, mereka perlu melalui kesemua ini untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Platform: HBO Go, IQIYI

Wistoria: Wand and Sword

Will Serfort ingin menjadi Magia Vander iaitu ahli magis terhebat, akan tetapi dia tidak mempunyai kebolehan untuk melakukan magis. Sebaliknya, dia merupakan manusia yang mempunyai kekuatan melebihi manusia tanpa menggunakan sebarang magis.

Platform: Netflix, Muse Malaysia

Fairy Tail: 100 Years Quest

Setahun selepas mereka mengatasi ancaman Acnologia dan Zeref, Natsu bersama dengan kumpulannya pergi ke Gultina untuk menerima ‘Misi 100 Tahun’ yang memerlukan mereka untuk melawan dengan kumpulan ‘Five Dragon Gods’.

Platform: Netflix, IQIYI, Muse Malaysia

My Deer Friend Nokotan

Toroko merupakan seorang pelajar yang berperangai baik di sekolah, akan tetapi segalanya berubah apabila pelajar baharu Nokotan yang mempunyai tanduk seperti rusa dapat ‘menghidu’ yang Toroko bukanlah seorang pelajar yang baik seperti yang diperlihatkan.

Platform: Crunchyroll, IQIYI, It’s Anime

Tower of God (Musim 2)

Ja Wangnan meneruskan usahanya untuk melepasi tingkat 20 tetapi gagal. Ja Wangnan kemudian mengajak Viole untuk menyertai kumpulannya. Viole seorang yang berkuasa akan tetapi dia penuh dengan misteri.

Platform: Crunchyroll

Sohor Kini