Skip to main content

Marvel telah berkongsi treler pertama untuk Agatha All Along iaitu siri seterusnya yang akan tiba di Disney+ Hotstar. Melalui treler ini diperlihatkan ia akan mengekalkan tema WandaVision yang bermain dengan dunia-dunia sihir berbeza.

Siri ini meneruskan penceritaan daripada WandaVision, di mana Agatha Harkness telah diperangkap oleh Wanda untuk hidup sebagai “Agnes”, akan tetapi dia kemudia dibebaskan oleh sekumpulan remaja yang ingin Agatha untuk membantu mereka di dalam “Witches’ Road-trials”. Berdasarkan treler ia menyertakan elemen misteri dan juga adegan-adegan seram.

Kathryn Hahn kembali sebagai Agatha Harkness bersama dengan pelakona lain seperti Joe Locke, Sasheer Zamata, Ali Ahn, dan Aubrey Plaza. Jac Schaeffer yang menghasilkan WandaVision juga kembali di dalam siri ini sebagai showrunner.

Agatha All Along akan mula disiarkan di Disney+ Hotstar pada 18 September 2024 dengan 2 episod, 7 episod seterusnya akan tiba secara mingguan.

Leave a Reply