Apple Original Films, Warner Bros dan Formula 1 sebelum ini telah mengumumkan filem berdasarkan sukan lumba kereta F1, akan menggunakan judul F1 dan terkini mereka telah berkongsi treler acah untuk filem tersebut yang anda boleh tonton di bawah.
F1 memfokuskan kepada Brad Pitt yang membawa watak Sonny Hayes iaitu pelumba F1 bagi pasukan APXGP, pasukan rekaan bersama dengan rakan sepasukan Joshua Pearce lakonan Damson Idris. Bagi menampakkan keadaan yang realistik, beberapa adegan filem ini dirakamkan semasa perlumbaan sebenar. Selain daripada APXGP, pasukan-pasukan lain yang akan terlibat dengan filem ini (bukan secara terus) merupakan pasukan dan pelumba sebenar.
Filem ini diarahkan oleh Josep Kosinski iaitu pengarah untuk Top Gun: Maverick dengan Lewis Hamilton, Jerry Bruckheimer dan Chad Oman sebagai penerbit.
F1 akan ditayangkan pada 25 Jun 2025.