5 Siri TV Terbaik Tahun 2024 (Setakat Ini)

Kita sudah memasuki bulan Julai, oleh itu boleh dikatakan separuh tahun 2024 sudah berlalu. Oleh itu, adalah baik untuk kita melihat kembali senarai permainan, filem dan juga siri TV yang terbaik (setakat ini). Artikel ini adalah untuk siri TV, dan kami hanya menyenaraikan siri-siri yang sudah ada ulasan di Aksiz.

Berikut adalah 5 siri TV terbaik untuk tahun 2024 (setakat ini):

Shogun

Siri yang dianggap sebagai Game of Thrones bertemakan Jepun ini menyampaikan pertelingkahan politik dengan sangat baik. Memperkuatkan penceritaan dengan perwatakan yang mendalam dan lakonan yang berkualiti. Di dalam ulasan, kami mengatakan setiap episod bagi siri ini mempunyai sesuatu yang menarik dengan pelbagai lapisan, tidak kira mengenai politik, agama ataupun perkembangan perhubungan di antara watak.

Baca: Ulasan Shogun

Echo

Bagi yang merindui siri-siri Marvel yang dihasilkan oleh Netflix, Echo merupakan siri terdekat untuknya. Melalui siri yang berada di bawah banner “Marvel Spotlight” memberi peluang untuk watak Echo ataupun Maya Lopez dikembangkan dengan baik. Di ulasan kami mengatakan yang tarikan utama bagi siri ini adalah penceritaan yang matang serta aksi yang ganas.

Baca: Ulasan Echo

Dark Matter

Dark Matter berjaya untuk membawa kekuatan bagi genre fiksyen sains dengan teori sains yang menarik, ditambah lagi kepelbagaian misteri yang disertakan membuatkan sesi tontonan yang menarik. Melalui ulasan, kami mengatakan Dark Matter adalah satu siri fiksyen sains yang bukan sahaja menarik kerana elemen sainsnya tetapi juga disampaikan dengan penuh jiwa dengan kisah kekeluargaan dan persahabatan. Setiap episod terasa mempunyai tujuan yang menjadikan satu siri tidak membosankan dengan pelbagai bahagian yang menarik.

Baca: Ulasan Dark Matter

The Boys (Musim 4)

The Boys memasuki musim keempat dan ia masih membawa templat penceritaan yang sama dengan musim-musim sebelum ini, yang membuatkan ia sedikit mengecewakan. Namun, ia masih satu tontonan yang menarik kerana siri ini masih mempunyai adegan-adegan yang mengejutkan. Di ulasan, kami mengatakan musim ini cukup baik untuk meneruskan sesi tontonan yang menarik bagi siri ini, akan tetapi penceritaan yang mengulangi perkara yang sama untuk beberapa musim telah terasa penat dan menjadikannya kurang menarik akan tetapi dibantu dengan adegan-adegan yang ganas dan mengejutkan.

Baca: Ulasan The Boys (Musim 4)

The Bear (Musim 3)

Musim ketiga ini bukanlah musim terbaik untuk The Bear, walaupun begitu dengan ia masih tersenarai di dalam siri TV terbaik tahun ini, memperlihatkan kualiti-kualiti musim lepas yang tinggi. Melalui ulasan kami mengatakan The Bear musim ketiga ini mungkin musim yang paling lemah dari segi penceritaan, terutama kerana ia tidak memberi penceritaan yang lengkap dan memerlukan musim seterusnya. Namun, ia masih satu tontonan yang baik dengan tiada episod yang membosankan.

Baca: Ulasan The Bear (Musim 3)

Sohor Kini