5 Permainan Terbaik Tahun 2024 (Setakat Ini)

Kita sudah memasuki bulan Julai, oleh itu boleh dikatakan separuh tahun 2024 sudah berlalu. Oleh itu, adalah baik untuk kita melihat kembali senarai permainan, filem dan juga siri TV yang terbaik (setakat ini). Artikel ini adalah untuk permainan, dan kami akan menyenaraikan permainan yang sudah ada ulasan di Aksiz.

Berikut adalah 5 permainan terbaik untuk tahun 2024 (setakat ini):

Final Fantasy VII Rebirth

Permainan seterusnya di dalam siri permainan olahan semula untuk Final Fantasy VII merupakan satu permainan yang lebih baik dan juga lebih besar berbanding permainan pertama Final Fantasy VII Remake. Semasa ulasan, kami mengatakan, permainan ini tidak memberi kepuasaan untuk penceritaan kerana ia adalah sekadar permulaan ataupun perhentian sebelum dirumuskan melalui permainan akan datang, akan tetapi dengan pengisian yang pelbagai dan aktiviti yang menarik, ia masih satu pengalaman yang cukup dan memuaskan.

Baca: Ulasan Final Fantasy VII Rebirth

Like a Dragon: Infinite Wealth

Agak menarik untuk dikaji dan dinilai bagaimana Ryu Ga Gotoku Studio boleh menggunakan formula yang sama berkali-kali di dalam permainan mereka akan tetapi masih memberikan pengalaman yang unik untuk setiap satunya. Di ulasan, kami mengatakan ia merupakan satu pengalaman yang lengkap dengan penceritaan yang berkualiti. Membawa dua watak Ichiban Kasuga dan Kazuma Kiryu di dalam satu permainan dilakukan dengan baik dan menjadikan ia bagaikan dua permainan di dalam satu.

Baca: Ulasan Like a Dragon: Infinite Wealth

Prince of Persia: The Lost Crown

The Lost Crown berjaya untuk mengaru gatal penantian permainan baharu Prince of Persia dan bukan sahaja membawa pengalaman baharu tetapi ia juga masih menyertakan elemen yang membuatkan ramai menyukai siri permainan ini. Di dalam ulasan, kami mengatakan satu permainan yang sangat baik, bahkan saya boleh katakan antara permainan terbaik yang dikeluarkan oleh Ubisoft untuk dua tiga tahun kebelakangan ini. Ia bukan sahaja mempunyai penceritaan yang baik, tetapi tatamain juga sangat menyeronokkan membawa pelbagai perkara yang baik daripada genre ini dan dibalut dengan penceritaan serta rekaan dunia Prince of Persia yang menawan.

Baca: Ulasan Prince of Persia: The Lost Crown

Dragon’s Dogma 2

Dragon Dogma baru sahaja menerima satu permainan sebelum ini, tetapi ia sentiasa dianggap sebagai underrated gem terutama yang meminati permainan-permainan RPG. Di dalam ulasan, kami mengatakan Dragon’s Dogma 2 ialah fantasi RPG yang kejam dan pelik tetapi ia juga penuh dengan pengalaman pengembaraan yang pemain tidak akan dapat dari permainan lain. Kami juga boleh katakan yang Hideaki Itsuno akhirnya merealisasikan cita-citanya yang tidak tercapai dalam permainan pertama.

Baca: Ulasan Dragon’s Dogma 2

Stellar Blade

Pada awalnya dianggap sebagai satu permainan yang kelihatan cantik sahaja, Stellar Blade menjadi satu permainan yang jauh lebih daripada tanggapan tersebut. Ia membawa penceritaan yang baik tetapi pujian utama sudah semestinya sistem pertempuran yang berkualiti. Di dalam ulasan kami mengatakan yang Stellar Blade sangat bersinar melalui pertempuran, rekaan peringkat yang linear dan juga rekaan-rekaan bos yang ada akan tetapi sekadar mencukupi untuk bahagian lain seperti penceritaan, pengembaraan dan pengisian dunia.

Baca: Ulasan Stellar Blade

Sohor Kini