Skip to main content

Melalui artikel ini kami akan kongsikan filem-filem menarik yang memulakan tayangan di pawagam tidak kira pada awal minggu ini ataupun bermula pada hujung minggu ini. Tarikh tayangan adalah mengikut yang tersenarai di CinemaOnline dan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Berikut adalah 5 filem menarik yang tiba di pawagam sepanjang minggu ini:

Ronggeng Kematian

Filem arahan Verdi Solaiman dengan lakonan oleh Chicco Kurniawan, Cindy Nirmala dan Revaldo Fifaldi ini mengisahkan mengenai empat sahabat iaitu Adit, Ricky, Yudi dan Aksan yang kembali ke sebuah kampung iaitu tempat mereka melakukan latihan amali sebelum ini menjadi huru hara apabila dituduh mengakibatkan kehilangan seorang penari Ronggeng bernama Sulastri.

Siapa Buka Lampu?

Filem arahan Reka Wijaya dengan senarai pelakon seperti Punnagai Poo Gheetha, Qasrina Karim, Bell Ngasri dan Issey Fazlisham merupakan satu filem parodi seram. Filem ini mengenai sebuah rumah penginapan yang diganggu oleh hantu. Sepasang suami isteri telah diupah untuk menghalau hantu tersebut tetapi ia tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

Lampir

Satu lagi filem seram di dalam senarai ini, Lampir diarahkan oleh Kenny Gulardi dengan senarai pelakon seperti Jolene Marie, Rory Asyari dan Gandhi Fernando. Filem ini mengisahkan mengenai Wendy dan Angga yang bercuti bersama rakan di sebuah villa, tanpa menyedari yang ia merupakan tempat hantu ‘Mak Lampir’. Mereka perlu melalui pelbagai halangan untuk menyelamatkan diri.

Despicable Me 4

Mungkin filem paling ceria di dalam senarai ini, Despicable Me kembali dengan filem keempat dan kali ini memfokuskan kepada Gru yang kini sudah mempunyai anak sendiri iaitu Gru Jr. Dia terpaksa melarikan diri bersama keluarganya selepas menjadi sasaran penjahat Maxime Le mal dan Valentina. Filem ini diarahkan oleh Chris Renaud dan Patrick Delage. Steve Carell kembali menyuarakan Gru bersama dengan Kristen Wiig, Miranda Cosgrove dan Steve Coogan.

Customs Frontline

Filem ini menggandingkan pelakon aksi popular Hong Kong iaitu Jacky Cheung dan Nicholas Tse bersama dengan pelakon lain seperti Karena Lam, Cya Liu dan Francis Ng. Filem arahan Herman Yau ini memfokuskan kepada pengawal imigrasi Hong Kong melawan penyeludup senjata api yang juga melibatkan kes rasuah di peringkat atasan.

Leave a Reply