Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui filem-filem terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsikan lima filem terbaru ataupun filem lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan juga Google TV Store.

Bagi minggu ini, berikut adalah 5 filem menarik yang anda boleh strim:

Furiosa: A Mad Max Saga

Platform: Apple TV Store / Google TV Store (Sewa/Beli)

Filem seterusnya bagi siri filem Mad Max oleh George Miller ini memfokuskan kepada watak Furiosa yang diperkenalkan melalui Mad Max: Fury Road. Filem ini merupakan prekuel kepada filem tersebut yang memperlihatkan bagaimana Furiosa menjadi sebahagian daripada tentera Immortan Joe.

Baca: Ulasan Furiosa: A Mad Max Saga

IF

Platform: Apple TV Store / Google TV Store (Sewa/Beli)

Filem lakonan mengisahkan megnenai Bea lakonan Cailey Fleming yang dapat berinteraksi dengan rakan imaginasi (IF) yang juga dijaga oleh Cal lakonan Ryan Reynolds. Bersama dengan Cal, Bea cuba untuk mencari rakan baharu bagi IF tersebut selepas rakan mereka sebelum ini sudah membesar dan melupakan mereka.

Baca: Ulasan IF

The Fall Guy

Platform: Apple TV Store / Google TV Store (Beli)

Filem arahan David Leitch ini mengisahkan mengenai Colt Seavers lakonan Ryan Gosling yang merupakan pelakon lagak aksi yang terlibat di dalam konspirasi pembunuhan selepas pelakon utama bagi filem arahan Jody Moreno lakonan Emily Blunt yang juga bekas teman wanita Colt Seavers menghilangkan diri.

Beverly Hills Cop: Axel Foley

Platform: Netflix

Filem ini akan memperlihatkan Eddie Murphy kembali sebagai Axel Foley selepas Beverly Hills Cop III yang dikeluarkan pada 1994. Senarai pelakon lain ialah Taylour Paige, Joseph Gordon-Levitt, Judge Reinhold dan John Ashton.

Missing

Platform: Prime Video

Filem yang berlaku di dunia yang sama dengan filem Searching, filem ini juga disampaikan melalui paparan skrin June Allen lakonan Storm Reid di dalam usahanya untuk mencari ibunya yang dikhuatiri diculik oleh teman lelaki baharunya.

Sohor Kini