PlayStation Kembali Menjadi Pempamer Di Tokyo Game Show

Tokyo Game Show (TGS) hari ini telah berkongsi senarai pempamer bagi acara tahun ini dan menariknya Sony Interactive Entertainment ataupun PlayStation telah tersenarai sebagai pempamer di bahagian Pameran Umum, sesuatu yang tidak dilakukan mereka sejak tahun 2020.

Acara ini kembali dianjurkan secara besar-besar pada tahun lepas, selepas terkesan dengan pandemik Covid-19, akan tetapi PlayStation hanya membuka reruai di bahagian indie sahaja. Dengan penyertaan ini, ia menjadikan penglibatan mereka buat pertama kali di TGS selepas PlayStation 5 dilancarkan.

PlayStation pada tahun ini tidak mempunyai banyak permainan untuk dilancarkan selain daripada Concord yang akan tiba bulan Ogos ini, dan Astro Bot pada awal September, namun terdapat ura-ura mengatakan yang mereka akan melancarkan PlayStation 5 Pro hujung tahun ini yang mungkin menjadi fokus.

Tokyo Game Show 2024 akan berlangsung pada 26 September sehingga 29 September 2024. Anda boleh lihat senarai penuh pempamer di pautan ini (PDF).

Sohor Kini